Thursday, 29 December 2016

Care about your face Part 1


Assalamualaikum ,

Sudah sekian lama saya tak menulis. Hoho nak kata sibuk tu tak lah memandangkan saya masih lagi budak sekolah. But still saya masih tak ada masa untuk menulis apa-apa buat masa ini. Since sesi persekolahan tahun 2017 akan bermula tidak lama lagi, so saya putuskan untuk share something before I end these 'sweet 2016'.

Alright, since sekarang ini masalah kulit merupakan satu paranoid bagi makhluk bernama wanita,gadis, mak cik mahupun nenek sekalipun. Well siapa tak nak cantik kan? Kanak-kanak sekarang pun dah pandai berlawa sakan. Tapi salah satu yang membuat perempuan menjadi hilang keyakinan adalah bab muka dan tubuh badan. Tapi bab tubuh badan ideal semua tu saya tak nak sentuh bcs yang menjadi tumpuan saya sekarang ini adalah bab kecantikan hoho (action macam pakar sangat).

Stress kan bila kita dah berlawa bagai tapi bila pandang cermin masih ada yang tidak kena. Apa yang tak kena nya? Muka berjerawat! Tona tak sekata! Pori hitam menguasai wajah! Padahal cara kita berhias sama saja dengan perempuan lain tapi kenapa masih ada yang tidak kena? Sebab itulah saya mengetengahkan isu ini pada malam yang agak redup ini hohoho (okay over!)

Adalah satu disadvantage bagi wanita yang dilahirkan dengan wajah yang kurang cerah. Kita kena berusaha sendiri untuk nampak cantik dengan cara sendiri. Bila pandang orang muka cerah je mula lah nak down. Disebabkan mereka dah cerah dan cantik dari azali lagi, satu advantage untuk mereka. Alasan saya di sini adalah JANGAN MUDAH MENGHINA ORANG YANG TAK BERAPA LAWA. MEREKA PUN NAK CANTIK. MEREKA TAK MINTA UNTUK TIDAK CANTIK. ANDA YANG CANTIK PATUT BERSYUKUR DENGAN NIKMAT ANDA BUKAN MEMPERLEKEHKAN KEKURANGAN ORANG LAIN. (Bukan marah, saja je besarkan tulisan)


Saya tahu tak semua orang suka meng'comment'kan tahap kecantikan seseorang. Siapa tak suka pandang orang cantik kan? Saya yang perempuan ini pun kagum tengok orang lawa. So di sini saya ingin menjelaskan, saya pun bukanlah seorang perempuan yang berkulit putih, cantik or sedap mata memandang. Boleh dikatakan saya ini tak cantiklah! Tapi saya tak kisah. Saya happy dengan diri saya.

Okay, saya just nak state yang saya merupakan salah seorang pesakit psoriasis. Ha, apa pulak tu psoriasis? Malas saya nak terang dekat sini. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang psoriasis, sila search sendiri ya. Cukuplah anda tahu yang psoriasis itu merupakan satu penyakit kulit yang kebiasaannya diwarisi oleh keturunan dan bukanlah salah satu penyakit berjangkit. Oleh sebab saya memang ada masalah kulit, memang saya tidak memakai produk-produk yang mengandungi bahan kimia. Lebih jujur,saya langsung tak pakai apa-apa cuci muka.

But still saya masih concern tentang kulit wajah saya so saja cuba untuk cari inisiatif lain. Saya sekarang mengamalkan penggunaan penjagaan wajah secara alami. Maksudnya bahan-bahan yang tiada apa-apa bahan kimia. Tambahan lagi, bahan-bahannya amat mudah untuk didapati di mana-mana. So saya nak share lah bagaimana saya menjaga muka saya even saya tidak menggunakan sebarang produk kecantikan. Antaranya;

KUNYIT

Alright saya rasa ramai yang tahu kunyit sangat bagus untuk kulit. Banyak manfaat yang dapat diperoleh daripada kunyit. Saya tak pakar nak terang tentang manfaat kunyit dengan lebih lanjut. Saya tahu tentang kunyit ini pun daripada blogger lain. So kalau anda nak tahu lebih lagi, search sendiri manfaatnya hoho (sorry saya tak nak copy paste entry orang lain)

Saya sarankan anda lakukan kaedah ini waktu hari cuti sebab selepas anda mencuci wajah anda, kemungkinan wajah anda akan kelihatan kuning tapi jangan risau warna kuning yang terdapat pada wajah anda akan hilang dalam masa yang singkat dan tidaklah terlalu kuning. Seperti saya, tidak sampai sehari pun, warna kuning itu sudah hilang. Jadi, saya akan menerangkan cara membuatnya.

Anda hanya memerlukan;







Bab jenis or jenama semua tu tak kisahlah ya asalkan kunyit dengan susu. Tapi better susu segarlah. First ambil satu mangkuk kecil dan sudu teh. Letakkan tiga sudu susu dan satu sudu kunyit. Gaulkan sehingga sebati kemudian oleskan pada wajah anda yang cantik tu. Biarkan selama 20 minit. Basuh dengan perlahan dan siap! Anda akan rasa satu 'kebahagiaan' pada wajah anda. Saya biasanya amalkan dua kali sehari iaitu pagi sebelum mandi dan malam sebelum tidur. Lebih baik dibuatnya pada hujung minggu ya. Dalam seminggu buat dua hari pun dah cukup.

Seminggu - 2 hari sahaja
1 hari - 2 kali or sekali pun dah cukup.

Satu sahaja saya ingin katakan, jangan risau jika muka anda kelihatan kuning kerana warna itu akan mudah hilang. Lebih baik jika anda kerap membasuh muka anda untuk sentiasa kelihatan lebih segar.

Ini sahaja entry saya pada kali ini. Tunggu entry seterusnya, saya akan kongsi lebih banyak bahan untuk penjagaan kulit secara alami dan membebel lebih banyak lagi.

P/S : Saya mungkin tidak akan aktif pada tahun hadapan kerana saya akan menumpukan perhatian saya pada SPM. Doakan saya berjaya mendapat 9A+ dan membahagiakan ibu bapa saya ya. Kalau saya ada masa, saya akan selitkan sedikit waktu saya untuk berkongsi lebih banyak perkara.

Salam sayang,
AQIDAH